Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
My Love Is Yours :)

Lihat kelemahan diri dahulu .
Thursday, 15 December 2011 | 04:13 | 0 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)


Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita . Ramai orang menginnginkan orang lain berubah .

Malah , kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian . Kita mahu negara kita berubah . Kita mahu orang berubah . Kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah .

Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain ? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri .

Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri . Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ianya akan menjadi hampa .

Kadang-kadang hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa . Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan .

Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini .Kalau kita hendak membina rumah , apalah ertinya kalau kita memikirkan dinding , pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina .

"Mulakan dengan dirimu" kata pepatah arab . Inilah kunci orang yang berjaya . Berani mengejek itu mudah berani berhujah itu tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri .

Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri .

Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain . Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain , perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat beerti bagi orang lain .

Memang pengaruh dari kegighan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan . Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain .

Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah . Lantas bagaimana kaedah mengubah diri ?

Pertama : Mulalah dengan mengubah diri sendiri . Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah . Jadilah seperti 'Ketam mengajar anak berjalan betul' . Nanti cakap tidak serupa bikin .

Kedua : Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil . Perkara yang kecil-2 jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-2 . Sikit-2 lama-lama jadi bukit .

Perkara yang kecil sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari . Banjir besar diawali dengan titik-2 hujan yang kecil .

Ketiga : Mulakan sekarang . Jangan bertangguh lagi . Semakin bertangguh semakin melarat . Masalah yang kecil-2 akan jadi besar jika dibiarkan .

Keempat : Paksa diri dengan sepenuh hati . Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil .

Kelima : Belajar menghukum diri sendiri . Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat .

Keenam : Kene ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri .

Older Post | Newer Post
Disclaimer



Hyeee uollss :> Thanks for come here . Be nice here okay dear :>

Navigations

Entries About Links

Music Box




Credit